Kelas Nadi X Mahir - Pertanian Pintar Minggu 18

12 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2026, hari Isnin – NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Minggu Ke-18 yang berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi. Program ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan.

Pada minggu ini, topik yang diketengahkan ialah “Rancangan Perniagaan”, yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan perancangan dalam membangunkan sesebuah perniagaan pertanian secara lebih sistematik dan teratur. Peserta turut mempelajari asas penyediaan rancangan perniagaan termasuk objektif perniagaan, sasaran pelanggan, kos operasi serta strategi pemasaran.

Melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan pertanian pintar, di samping memahami langkah penting dalam merancang perniagaan yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali